Sajak

FAHAM KERJA TUHAN

Untuk menyelamatkan diri kita,
Perbuatan Tuhan dan peranan Tuhan yang berlaku kepada diri kita,
Hendaklah kita faham,
Supaya kita pandai menerimanya mengikut kehendak Tuhan,

Kalau kita dikayakan Tuhan,
Tuhan memberi isyarat kepada kita,
Sebahagian kekayaan Tuhan ada pada kita,
Dan menyuruh kita pemurah supaya kita dapat pahala pemurah,
Kalau kita disusahkan seperti miskin atau sakit,
Tuhan memberi isyarat kalau kita berdosa diampunkan,

Kalau kita tidak berdosa
Mendapat darjat dan pangkat disisi Tuhan,
Supaya kita dapat pahala sabar,
Kerana pahala sabar itu tidak terkira-kira
Tidak disukat-sukat oleh Tuhan

Kalau kita berkuasa Tuhan memberi isyarat kepada kita,
Bahawa sebahagian daripada kekuasaan Tuhan dijelmakan kepada kita,
Supaya kita melihat kebesaran Tuhan ada kepada kita,
Dan memberi isyarat juga kepada kita supaya kita dapat pahala adil,
Sebab pahala adil itu besar,
 
Satu saat berlaku adil,
lebih besar pahalanya daripada pahala ibadah seribu tahun.

nukilan: ASZ