Ramai manusia, bila diuji Tuhan, tidak pandai 'tackle' ujian lantas mereka gagal menghadapinya. Sebagai contoh, seorang budak sedang berjalan, tiba-tiba tersepak batu."Aduh..."
Aqal akn berkata: "Sapa yg letak batu nie?Kan dah tersepak.Mmg mkcik cleaner tu tak reti2 nk brsihkn"
Nafsu yg jht akn memaki: "Gila betul la batu nie".
Hati (roh) berkata : Ya Tuhan, apa dosaku hingga aku diingatkan dikau?
Ujian yg dtg, ramai yg gagal mendekatkan diri dengan Tuhan sdgkan Tuhan sgt suka hambanya merayu-rayu,merintih-rintih dengannya. Sejak kecil kita tidak dididik untuk sentiasa bercakap2 dgn Tuhan krn itulah kita tdk pandai bercakap dgn Tuhan. Bukankah ujian itu Tuhan yang datangkan? Menangislah dan merintihlah dgn Tuhan walau sebesar mana pun ujian yang Tuhan datangkan nescaya Tuhan pasti akan datangkan pertolongan. Jangan asyik merayu pada ibubapa, suami atau kawan. Bukan tidak boleh, cuma besarkan Tuhan dalam kehidupan.
Kenapa terlalu mengharap pada manusia sedangkan manusia itu pun Tuhan yang ciptakan?
Hati manusia pun Tuhan yang pegang.
Ada orang diuji suami curang, ada yang diuji anak tidak mendengar kata, ada yang diuji tidak dapat zuriat, ada yang diuji dgn kerenah isteri/ suami/ ibubapa/anak2 dan pelbagai ujian lagi. Bahkan, yang lebih parah lagi ada yg diuji dgn merasa dirinya selamat dgn tdk ada ujian.
"Hidup aku nie Ok jer..keje OK, suami OK, anak2 OK, mak ayah OK. Tu lah...aku pun tak tahu knp aku nie tak diuji"
Aduuuhhhh..lagi berat, sehingga kehidupan hariannya jarang merayu2 dan merintih-rintih dgn Tuhan. Sedarkah dia yg dia tdk selamat krn sombong utk merendah diri dgn Tuhan. Bukankah bila hati tdk sangat 'merasa takut dan cinta Tuhan' bermakna hati itu belum benar2 suci dan selamat utk dibawa ke Akhirat sana....
Pesan guruku, "MERASA SELAMAT ITULAH YG TAK SELAMAT".
Sedangkan para wali sentiasa takut dan harap dgn Tuhan kerana terlalu takut tidak selamat di Akhirat sana.
Sekian. Wassalam.
Hasnida Ghazali
Jumaat
6 Jan 2012