Monday, January 9, 2012

TIPS meningkatkan 'rasa cinta dan takut' Tuhan anak

Salam,
Anak kecil masih suci dan bersih. Ibubapanya yg mencorak kan dia. Dipendekkan kata, bagaimana mungkin seorang anak dapat di didik hatinya merasa takut dan cinta Tuhan?
1. Bila buatkan susu anak dan berikan pd anak anda, katakan padanya,                                                                             "TERIMA KASIH TUHAN BERI SUSU".
Lama-kelamaan suruh dia sebut sendiri ayat tu.
2. Bila tengok pemandangan cantik, katakan padanya, "Cantiknya Tuhan bagi kat kita nie".
3. Bila anak terjath dan luka atau sebagainya, katakan, " Alah, Tuhan bagi sakit sikit jer. Tuhan sayang adik. Kan dah lama Tuhan bagi adik sihat. Cuba adik mintak Tuhan sembuhkan"
4. Bila anak sedih diuji dgn kawan dll, "Cuba adik doakan kwn adik tu. Tuhan suka org yg doakan kawan dia. Bila Tuhan suka, nanti Tuhan lembutkan hati kawan adik".

Apa rasional nya perbuatan itu? 
Rasional nyer begini. Kan zaman dulu, mak ayah suka momok kan anak2 dgn hantu kan? Cuba fikir kenapa ada sesetengah orang sampai besar pun dia takut hantu walaupun dia dh berjawatan tinggi, dh kaya, dh pandai dll. Padahal dia tak pernah jumpa pun hantu tu kan? Sebab mak dia 'momokkan' hantu tu berkali2.

Jadi, bila kita sentiasa 'masukkan' TUHAN di hati anak, pasti dia akan kuat RASA BERTUHAN nya walaupun dia tak nampak Tuhan dgn mata kasar. Banyak para ibu bapa yg hanya memikirkan mkn minum anak, pakaian anak, kesihatan fizikal anak. Itu tak slh cuma JAGALAH JUGA ROH nya.

Bukan senang nak amal ilmu ini. Saya sendiri tak mampu nak buat. Cuma saya pernah melihat satu keluarga di Australia masa tu, di depan mata saya, suatu hr anak kecil ini menangis di pintu rumah kerana dia nak keluar rumah tapi tudung nya tiada. Sambil menangis dia berkata, 'Ummi, mcm mana Siti nak keluar nie? Nanti Tuhan marah. Tudung Siti tak der.' Masa tu dia bru berumur 4 thn.

Walaupun, kita belum sekuat mana pun rasa cinta dan takut Tuhan, jgn pula kita malu nk applykan pd anak kita. Nak buat mcm mana, kita dh jd rebung, dh keras dn sgt susah, mrk masih muda dn msih lembut. Cuma kita kena ada CITA-CITA. Ingin anak kita nnti, membesar punya roh yg kuat dan aqal yg mantap, agar jd muslim yg berwibawa, bkn mcm kita.

Sekian.

Hasnida
9 Jan  2012
 


Friday, January 6, 2012

Faham ujian dari Tuhan

Ramai manusia, bila diuji Tuhan, tidak pandai 'tackle' ujian lantas mereka gagal menghadapinya. Sebagai contoh, seorang budak sedang berjalan, tiba-tiba tersepak batu."Aduh..."

Aqal akn berkata: "Sapa yg letak batu nie?Kan dah tersepak.Mmg mkcik cleaner tu tak reti2 nk brsihkn"   

Nafsu yg jht akn memaki: "Gila betul la batu nie".

Hati (roh) berkata : Ya Tuhan, apa dosaku hingga aku diingatkan dikau?

Ujian yg dtg, ramai yg gagal mendekatkan diri dengan Tuhan sdgkan Tuhan sgt suka hambanya merayu-rayu,merintih-rintih dengannya. Sejak kecil kita tidak dididik untuk sentiasa bercakap2 dgn Tuhan krn itulah kita tdk pandai bercakap dgn Tuhan. Bukankah ujian itu Tuhan yang datangkan? Menangislah dan merintihlah dgn Tuhan walau sebesar mana pun ujian yang Tuhan datangkan nescaya Tuhan pasti akan datangkan pertolongan. Jangan asyik merayu pada ibubapa, suami atau kawan. Bukan tidak boleh, cuma besarkan Tuhan dalam kehidupan. 

Kenapa terlalu mengharap pada manusia sedangkan manusia itu pun Tuhan yang ciptakan? 
Hati manusia pun Tuhan yang pegang. 

Ada orang diuji suami curang, ada yang diuji anak tidak mendengar kata, ada yang diuji tidak dapat zuriat, ada yang diuji dgn kerenah isteri/ suami/ ibubapa/anak2 dan pelbagai ujian lagi. Bahkan, yang lebih parah lagi ada yg diuji dgn merasa dirinya selamat dgn tdk ada ujian.

"Hidup aku nie Ok jer..keje OK, suami OK, anak2 OK, mak ayah OK. Tu lah...aku pun tak tahu knp aku nie tak diuji"

Aduuuhhhh..lagi berat, sehingga kehidupan hariannya jarang merayu2 dan merintih-rintih dgn Tuhan. Sedarkah dia yg dia tdk selamat krn sombong utk merendah diri dgn Tuhan. Bukankah bila hati tdk sangat 'merasa takut dan cinta Tuhan' bermakna hati itu belum benar2 suci dan selamat utk dibawa ke Akhirat sana....

Pesan guruku, "MERASA SELAMAT ITULAH YG TAK SELAMAT". 

Sedangkan para wali sentiasa takut dan harap dgn Tuhan kerana terlalu takut tidak selamat di Akhirat sana.

Sekian. Wassalam.

Hasnida Ghazali
Jumaat
6 Jan 2012